Sunday, 17 July 2011

SUMBER SEJARAH

SUMBER PERTAMA>>>
Sumber pertama atau sumber primer ialah bahan yang belum diolah atau dicetak iaitu sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal seperti dalam bentuk kertas, fosil, manuskrip yang belum dicetak, surat rasmi kerajaan, batu bersurat dan keterangan lisan. Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir. Sumber-sumber tersebut biasanya dihasilkan pada masa yang hampir sama dengan maklumat yang dicatatkan dan oleh pihak yang berwibawa.
Contoh :
Batu bersurat di Terenganu
Batu Nisan Mansur

SUMBER KEDUA >>>
Sumber kedua atau sumber sekunder terdiri daripada bahan atau dokumen yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis maklumat yang telah dicatatkan di tempat lain. Sumber ini merangkumi majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan jabatan dan blog. Sumber kedua melibatkan pengitlakan, analisis, sintesis, tafsiran atau penilaian maklumat asal. Sumber kedua merupakan bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum.

 SUMBER KETIGA>>>
Sumber pihak ketiga (berbeza dengan sumber pihak pertama atau sumber pihak kedua) is independent dari sebarang kaitan dengan pihak pertama dan pihak kedua dari segi transaksi, temubual, atau gambaran bertulis (dsb.)

No comments:

Post a Comment